Tuesday 6 October 2015

Kontinjen Jabatan



Kontinjen Jabatan Pertanian Negeri Terengganu menyertai perbarisan Super 10
  



21 Ogos 2014 (Khamis) – Super 10 Jabatan Pertanian Malaysia menutup tirai secara rasminya pada hari ini. Program yang dijalankan di Universiti Malaysia Utara, Sintok itu menjadi arena pilihan bagi penganjuran program berprestij ini. Seminar Kecergasan Jabatan Pertanian atau Super 10 ini merupakan acara dwi-tahunan Jabatan Pertanian bagi mencari bakat-bakat baru yang boleh dicungkil dalam warga jabatan dan berpotensi untuk diketengahkan. Kecermerlangan tuan rumah iaitu Jabatan Pertanian Negeri Kedah dalam penganjuran program ini wajar mendapat pujian kerana setiap acara dan program yang dijalankan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
 
Sementara itu, Jabatan Pertanian Negeri Terengganu dengan kekuatan kontinjen seramai 73 orang telah menyertai program ini dan memberikan saingan kepada Jabatan Pertanian negeri –negeri lain. Walaupun tidak semua acara yang dipertandingkan di kejohanan tersebut disertai, Jabatan Pertanian Negeri Terengganu tidak pulang dengan tangan kosong.
 
Lagu Kebangsaan Terengganu iaitu lagu Selamat Sultan telah berkumandang sebanyak 2 kali di arena larian hijau setelah berjaya merangkul tempat pertama dan kedua bagi larian hijau kategori veteran dan tempat pertama bagi larian hijau kategori terbuka.


0 comments:

Post a Comment