This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday 6 October 2015

Kontinjen Jabatan



Kontinjen Jabatan Pertanian Negeri Terengganu menyertai perbarisan Super 10
  



21 Ogos 2014 (Khamis) – Super 10 Jabatan Pertanian Malaysia menutup tirai secara rasminya pada hari ini. Program yang dijalankan di Universiti Malaysia Utara, Sintok itu menjadi arena pilihan bagi penganjuran program berprestij ini. Seminar Kecergasan Jabatan Pertanian atau Super 10 ini merupakan acara dwi-tahunan Jabatan Pertanian bagi mencari bakat-bakat baru yang boleh dicungkil dalam warga jabatan dan berpotensi untuk diketengahkan. Kecermerlangan tuan rumah iaitu Jabatan Pertanian Negeri Kedah dalam penganjuran program ini wajar mendapat pujian kerana setiap acara dan program yang dijalankan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
 
Sementara itu, Jabatan Pertanian Negeri Terengganu dengan kekuatan kontinjen seramai 73 orang telah menyertai program ini dan memberikan saingan kepada Jabatan Pertanian negeri –negeri lain. Walaupun tidak semua acara yang dipertandingkan di kejohanan tersebut disertai, Jabatan Pertanian Negeri Terengganu tidak pulang dengan tangan kosong.
 
Lagu Kebangsaan Terengganu iaitu lagu Selamat Sultan telah berkumandang sebanyak 2 kali di arena larian hijau setelah berjaya merangkul tempat pertama dan kedua bagi larian hijau kategori veteran dan tempat pertama bagi larian hijau kategori terbuka.


Gerai Pameran



YB Haji Nawi bin Mohamad melawat ke gerai pameran Jabatan Pertanian
  


27 September 2014 (Sabtu) – Pada hari ini telah berlangsungnya Majlis Perasmian Road To MAHA 2014 di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zaial Abidin, Gong Badak, Kuala Terengganu. Menggunakan tema “Agroteknologi Pemangkin Transformasi” iaitu tema bagi MAHA 2014 yang akan diadakan di MAEPS Serdang pada 20-30 November 2014 ini. Road to MAHA ini diadakan bagi mempromosikan program MAHA 2014 dan ia merupakan acara dwi tahunan yang membabitkan lapan fokus utama; Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK), Industri Agro Makanan, Industri Asas Tani, Agro Belia, Cabaran Inovasi Pertanian Malaysia (MAgIC), Agro Pelancongan, Agro Gaya Hidup dan Agro Dagang. Program yang berlangsung selama 3 hari ini di sertai oleh lebih daripada 78 usahawan dengan pelbagai jenis produk jualan, pameran jabatan dan agensi. Selain daripada itu, terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang berkonsepkan keluarga dijalankan seperti pertandingan menghias buah nenas, pertandingan bowling kelapa, sukaneka kanak-kanak, ceramah agama, persebahan nasyid dan lain-lain. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nawi bin Mohamad; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri Terengganu mewakili Menteri Besar Terengganu. Berucap ketika merasmikan majlis, “setiap dun, kita mempastikan wujudnya koperasi Jom Bertani dan dibawah bawah program itu, Kerajaan Negeri Terengganu telah memperuntukkan sebanyak RM350 ribu. Selain itu kerjaan komited untuk menjalankan program dengan setiap daerah disasarkan untuk di wujudkan pasar tani harian. “Manakala pada tahun akan datang, kita akan jadikan madu sebagai salah satu daripada ole-ole Terengganu, dan Ini dapat dicapai dengan adanya program usahawan dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan juga kewujudan Pusat Latihan Lebah iaitu Pusat Apiari Negeri Terengganu di Taman Pertanian Sekayu.” Nawi Mohamad. Dalam pada itu, Sepanjang tiga hari program berlangsung, Jabatan Pertanian Negeri Terengganu memainkan peranan dengan mengetengahkan konsep Jom bertani berkonsepkan edible garden di booth pameran. Mempamerkan industri penternakan kelulut, teknologi penanaman autovase dan sistem Nutrien Flow Techniques (NFT) Berjaya menarik minat pengunjung untuk melawat ke gerai pameran Jabatan Pertanian. Selain itu, jabatan pertanian memperkenalkan tugas-tugas dan peranan jabatan dalam pembangunan industri pertanian di Malaysia. Antaranya ialah berkaitan pengurusan dan serangan perosak tanaman, penggunaan racun-racun berjadual, kepelbagaian variasi kelapa matag serta ketulenannya, teknik semaian rumah hijau, punca dan kesan kekurangan nutrien, pameran buah-buah nadir dan banyak lagi. >> MAHA 2014 TEMA: AGROTEKNOLOGI PEMANGKIN TRANSFORMASI LOKASI: MAEPS SERDANG TARIKH: 20 - 30 NOVEMBER 2014